#MYCLIMATESTRIKE
21 September 2019
Berarak dari Sogo ke Dataran Merdeka
#MYClimateStrike - PROTEST UNTUK BUMI mempunyai 4 tujuan:
Tingkatkan kesedaran awam tentang krisis iklim di Malaysia.
Tingkatkan visibiliti krisis iklim dan naratif dari negara membangun - ‘the global south’ ;
fokus terhadap Asia Tenggara dan Malaysia sempena minggu #GlobalClimateStrike
Pecahkan dinding pasif politik dan media Malaysia mengenai krisis iklim yang kita hadapi.
Gesa pengisytiharan DARURAT IKLIM untuk mobilisasi dana dan polisi membendung krisis iklim
KRISIS IKLIM bukan lagi satu ramalan yang akan berlaku di masa hadapan. Ia adalah satu realiti yang sedang MALAYSIA alami, dan ianya di tahap kritikal.
Kualiti udara Malaysia berada di lebih dari skala 150 API, satu tahap berbahaya kepada kesihatan manusia untuk jangka masa panjang. Krisis jerebu yang berkait rapat dengan peningkatan suhu bumi dan ketamakan kapitalis jerebu adalah satu kitaran krisis iklim, dan ia tidak mengenal sempadan manusia. Malaysia tidak akan terselamat dari bahana krisis ini.
KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR yang berkait lansung dengan KRISIS IKLIM ini perlu diambil serius untuk survival sosio-ekonomi dan politik Malaysia di masa hadapan. AWAS ! Kita punyai 11 tahun lagi sebelum kenaikan suhu sebanyak 1.5°C, satu tahap yang akan mengakibatkan ' irreversible damage' atau situasi yang tidak boleh dibaikpulih. Ini adalah krisis eksistensial terbesar manusia.
Turun untuk mempertahankan hak kebebasan bersuara tentang KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mengakibatkan turunnya kualiti hidup, kemusnahan habitat liar dan fungsi ekosistem dan juga kematian rakyat malaysia dan kepupusan hidupan liar !
KAMY menggesa semua pihak untuk bersuara dan bertindak mengatasi kemusnahan alam sekitar akibat ketamakan pihak berkepentingan.Dengan keadaan BUMI yang semakin nazak, sokongan anda adalah NADI kepada pergerakan ini.
ALAM SEKITAR MILIK SEMUA UDARA DAN AIR BERSIH ADALAH HAK ASASI MANUSIA
PROTES UNTUK BUMI
#DARURATIKLIM
TUNTUT PERUBAHAN SISTEM
Sempadan negara ialah ciptaan manusia
KRISIS IKLIM tidak mengenal sempadan